Jumat, 06 Oktober 2017

Tarian pangalay

TARI PANGALAY

Pangalay adalah tarian tradisional kaum Suluk (Tausug) samaada yang berada di Sulu (Sug) atau di Sabah. Tarian Pangalay ini mempunyai pertalian atau persamaan dengan tarian-tarian tradisional di sekitar Asia seperti Jawa, India, Siam (Thailand), Burma (Myanmar) dan Kemboja. Pangalay dalam Sanskrit bermaksud “tarian kuil atau tokong”.  Di Tarian Pangalay ini terkandung berbagai bahasa pergerakan badan yang tersirat di dalamnya.


Pangalay boleh ditarikan oleh sesiapa tidak kira komuniti, peringkat umur atau status, jantina dan agama. Ianya boleh ditarikan dimana-mana ruang seperti di atas perahu, pesisir pantai, anjung rumah, majelis perkawinan, majelis resmi dan sebagainya. Setiap pergerakan dalam tarian Pangalay penuh dengan kesopanan, kehalusan, kelembutan dan keayuan. Pergerakan yang berterusan mengikut aliran (arus) dan lipatan jari-jemari dalam tarian. Pangalay adalah simbol kehidupan budaya ketimuran (eastern) yang mana berkait rapat dengan ‘arus angin yang kencang dan aliran air laut’. Tarian Pangalay sebenarnya adalah lambang kehidupan masyarakat Suluk (Tausug) yang menjadikan lautan dan tiupan angin sebagai asas kelangsungan hidup mereka. Sesuai dengan maksud nama ‘Suluk (Sulug)’ itu sendiri yang bermaksud ‘Arus’. Manakala ‘Tau-sug’ pula bermaksud ‘Orang Arus’.

Variasi Pangalay

Berbagai jenis tarian dalam masyarakat Suluk yang telah diadaptasi dari tarian Pangalay. Pada hari ini, tarian Pangalay merangkumi pelbagai jenis variasi tarian yang melambangkan identiti bangsa Suluk

1. Pangalay Ha Agung (Gong)
Pangalay yang ditarikan oleh lelaki dan wanita. Penari    lelaki akan membunyikan gong untuk memanggil penari wanita naik ke atas gong tersebut. 
2. Pangalay Ha Patung
Pangalay yang menggunakan batang buluh yang keras. Dua penari lelaki akan menggenggam buluh dengan kuat manakala penari wanita mengalay di atas nya.

3. Pangalay Linggisan

Pangalay yang seakan-akan menyerupai seekor itik atau burung
4.  Pangalay Kipas
Pangalay yang menggunakan kipas dalam tariannya. Hanya ditarikan dalam jumlah penari yang ramai dan muzik yang digunakan adalah lagu tradisi suluk iaitu 'Sua Ku Sua’.
5. Pangalay Kulintangan
Pangalay ini mengikut irama Kulintangan iaitu satu alat muzik yang menjadi warisan budaya seni kaum Suluk.
6. Bolak-Bolak
Tarian yang menggunakan 4 bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dalam tangan. Para penari (lelaki & wanita) selalunya dalam jumlah yang ramai. Kayu (Bolak-Bolak) tersebut akan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi yang rentaknya sama dengan irama Kulintangan.
7. Daling-Daling
 Tarian Dalling-Dalling ini dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Sulu (Mindanao) selepas mendapat pengaruh daripada orang - orang Sepanyol. Perkataan Dalling adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu 'Darling’ yang bermaksud 'Kekasih'. Tarian yang berbentuk gurau senda diantara pasangan yang bercinta ini ditarikan secara berpasang-pasangan (lelaki & wanita).
8. Pangalay lolai liyangkit
Tarian Mengiluk memaparkan ekspresi jiwa manusia melalui gerak geri berirama indah. Media komunikasi yang digunakan adalah melalui gerakan tubuh yang unik. Tarian ini dapat memberikan penghayatan rasa, semangat dan kepuasan diri.tarianya dipersembahkan oleh kaum lelaki dan wanita dalam majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Alat muzik yang digunakan adalah Agung (Gong), Kulintangan, Biola, Gabbang, Saling, Suanay dan Kulaing.
9. Pangalay Bandeha
Pangalay yang menggunakan bandeha (dulang) dan diletakkan di atas kepala. Pangalay Bandeha selalu ditarikan pada majlis persandingan pengantin. Para penonton dan tetamu pula akan melemparkan duit syiling ke dalam dulang tersebut sebagai simbol penghargaa. Pangalay jenis ini memerlukan kepakaran dan kestabilan badan yang tinggi

contoh tarian pangalay lolai liyangkit

Ciri Khas Atau Keunikan Tarian Pangalay

Lakaran wajah (expression) pada si penari Pangalay yang suram (downcast) atau memandang ke bawah menggambarkan penghormatan dan penghargaan terhadap budi baik seseorang atau kumpulan. Pada zaman kegemilangan Sulu Zone yaitu semasa era penguasaan laut nusantara oleh kaum Tausug dahulu, para kaum wanita Tausug di persisiran pantai akan menyambut kedatangan Sultan Sulu, pembesar-pembesar Sulu (Datu & Salip) dan pahlawan-pahlawan laut Sulu (Bajau & Iranun) dengan mempersembahkan tarian Pangalay yaitu  sebagai simbol untuk mengenang jasa perjuangan baik mereka. Oleh karena itu, kata dasar dari perkataan Pangalay yaitu ‘Alay’ bolehlah diklasifikasikan sebagai ‘satu perbuatan untuk menghormati atau menghargai jasa baik yang telah dicurahkan oleh suatu kelompok’.

2. Pergerakan tarian Pangalay adalah berbentuk fleksibel. Postur badan si penari Pangalay selalunya dalam keadaan mengiring atau senget. Tangan si penari akan berkibaran dan dialun-alunkan seperti alunan ombak yang perlahan. Dengan kawalan pergelangan tangan yang bertenaga maka jari-jemari si penari akan dilentikkan. Bahagian kaki pula akan disilangkan manakala lutut dalam keadaan patah atau bengkok. Bahagian tapak kaki si penari pula akan terangkat-angkat dan mengeset dengan pantas, ibarat sedang berada di atas permukaan laut dan ditiup sang bayu (angin). Kuku si penari dihiasi dengan kuku palsu logam (metal claws) atau yang lebih dikenali oleh kaum Suluk sebagai ‘Janggay’.

Postur dan gerak isyarat (gesture) badan si penari adalah simbol sifat alam semula jadi yaitu arus air laut dan aliran tiupan angin yang berterusan. Tangan si penari yang dihayunkan ke atas kepala adalah simbol kemenangan, kejayaan, kegembiraan dan keagungan bagi kaum Suluk.

ALAT MUSIC YANG DIGUNAKAN 

a)Kutiyapi/Kudyapi
Merupakan alat musik petik asli dari Filipina.
Alat musik ini terbuat dari kayu pohon nangka,
Terdiri dari 2 senar. Cara memainkan alat musik ini
 dgn cara dipetik, nada yg terdengar sama seperti gitar
Karena bentuknya menyerupai gitar.
  b)  Tumpong
  Alat musik tradisional Filipina yg berbentuk seruling.Tumpong memiliki 5 lubang. 1 lubang diatas dan 4lubang dibawahAlat musik ini terbuat dari bambu.Hampirsama dgn seruling dari negara kita. Cara memainkan alat musik ini dgn caraditiup, nada yg terdengar hampir sama seperti seruling.

  c)  Kulintang a kayo
  Terbuat dari kayu lunakAlat musik ini  terdiri dari 8 lempengan kayu yg diatur secarahorizontal di atas rak kayu

  d)  Kulintang a tiniok
  Alat ini terbuat dari lempengan logam sebanyak 8,ditengahnya terdapat tonjolanseperti tombol.Lempengan ini ditata sejajar horizontal, antaralempengan satudgn yg lainnya direkatkan dgn talidan lempegan logam itu yg ditaruh diatas rakkayu.

  e)  Luntang
  Alat musik jenis gambang Filipina yang biasanya
  digunakan juga oleh rakyat MaguindanaoDirangkai secara vertikal dengan lima log horisontal tergantung diurutan diatur di lapangan. Cara memainkan alat musikini dgn cara log silinder dipukuli ditepi untuk membuat suara.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar